TAHUKAH ANDA !!! Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!



3Lilin boleh dianggap sebagai penyelamat keadaan kerana boleh dijadikan sumber cahaya alternatif sekiranya terputus bekalan elektrik.

#Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa lilin boleh menjejaskan kesihatan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

#Malah, ianya dikatakan boleh memberi kesan yang lebih buruk daripada rokok.

Menurut laporan boldsky.com, lilin mengandungi sekurang-kurangnya 20 jenis racun seperti trikloroetana, aseton, xylene, fenol, kresol dan klorobenzena yang boleh mengakibatkan barah, pelbagai alahan kepada paru-paru serta kerosakan organ tubuh termasuk otak.

Kandungan parafin dalam lilin juga boleh mengakibatkan masalah pernafasan dan semput.

$elain itu, asap lilin boleh menyebabkan gangguan paru-paru, tumor ginjal dan sakit kepala kepada segelintir individu.

Paling menggerunkan, risiko paling buruk boleh berlaku berpunca daripada lilin adalah penyakit barah.

#Bagi yang menggunakan lilin dengan bau-bauan tiruan, ianya boleh menimbulkan reaksi alahan seperti kegatalan di saluran pernafasan.

#Langkah yang boleh mengurangkan risiko bahaya tersebut adalah memastikan terdapat aliran udara di ruangan yang diletakkan lilin.

#Pengguna juga perlu peka jika lilin mengeluarkan bauan seperti minyak diesel kerana dikhuatiri ianya mengandungi bahan kimia berbahaya benzena dan toluena.

0 Response to "TAHUKAH ANDA !!! Asap Lilin Lebih Berbahaya Daripada Rokok!"

Post a Comment