MESTI BACA !!! Apa Sebenarnya Penyakit Paru-paru Berair ini?


#Ada orang berpendapat bahawa mandi malam adalah penyebab utama seseorang menghidap penyakit paru-paru berair.



#Kononnya air ketika kita mandi akan masuk melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana kebenarannya?

Punca Penyakit Paru-paru berair

#Paru-paru berair terjadi apabila berlakunya pengumpulan cecair berlebihan dalam paru-paru kita.

Jangkitan paru-paru berair terbahagi pula kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1. Pulmonari Edema

#Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

#Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2. Pneumonia

#Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Nanah

#Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.

Tanda-tanda Penyakit Paru-paru berair

#Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.

Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.

Kesimpulan

#Oleh itu, jika anda mengalami masalah sukar bernafas, mudah penat dan merasa tidak cukup oksigen meskipun hanya melakukan kerja-kerja ringan, segeralah datang berjumpa doktor supaya anda mendapat rawatan sebelum terlambat kerana penyakit ini boleh membawa maut.

0 Response to "MESTI BACA !!! Apa Sebenarnya Penyakit Paru-paru Berair ini?"

Post a Comment