MASYA ALLAH !!! Makna ayat Al-Quran Yang Ghaib Di Parit Buntar Menceritakan Tentang Hari Kiamat


#Makna ayat Al-Quran Yang Gaib Di Parit Butar Menceritakan Tentang Hari Kiamat|Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.
#Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.
Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.
“$aya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.
“#Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.
#Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.
Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.
“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.
#Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.
“Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.
“$aya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.
#Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.Sinar harian

sumber : eberita

0 Response to "MASYA ALLAH !!! Makna ayat Al-Quran Yang Ghaib Di Parit Buntar Menceritakan Tentang Hari Kiamat"

Post a Comment