INILAH Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Perlu Kita Ketahui


#Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Perlu Kita Ketahui |  Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
$eorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia.
#Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan.

#Di kaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat.
Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim.
#Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
”PERBANYAKKANLAH SUJUD SESUNGGUHNYA SEKALI-KALI TIDAKLAH ENGKAU SUJUD KERANA ALLAH SATU SUJUD PUN KECUALI ALLAH MENGANGKAT DENGANNYA SATU DARJAT, DAN HAPUSKAN DENGANNYA SATU DOSA.”
#Huraian Hadith:
1. Di maksudkan sujud dalam hadith ini adalah sembahyang.
2. #Di sebut sujud kerana sujud adalah rukun yang terpenting.
3. Sembahyang sunat dan ibadat umumnya meningkatkan darjat seseorang dan menggugurkan kejahatannya.
4. $etiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.
Sumber : islam.gov

0 Response to "INILAH Kelebihan Sujud Dalam Solat Yang Perlu Kita Ketahui"

Post a Comment