AL FATIHAH.... [10 Gambar] Empat Sekeluarga Maut Kemalangan Ngeri.


#[10 Gambar] Empat Sekeluarga Maut Kemalangan Ngeri|Empat sekeluarga maut, manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 106 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini malam tadi.
#Mereka yang terbunuh dalam kemalangan jam 8.50 malam membabitkan sebuah Proton Exora dan Honda Civic itu ialah pemandu Exora, Mohd Zaki Mamat, 47; isterinya, Jamilah Hussen, 46, serta dua anak mereka, Muhammad Zamil Izuddin, 17, dan Muhammad Zamil Syazwan, 14.
#Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah, berkata dua lagi anak pasangan berkenaan, Siti Nurjeha, 18, dan Siti Nur Nabilah, 10, parah bersama pemandu Honda Civic, Zulkifli Abdullah, 47.
#Katanya, Proton Exora dalam perjalanan dari Merlimau, Melaka dan dikatakan menuju Kelantan apabila tayar hadapan kirinya dipercayai pecah.
#Ia menyebabkan kereta itu gagal dikawal lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Honda Civic.
“Empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada kepala dan anggota badan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
$emua mangsa, termasuk yang parah dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Gambar baru sekitar kejadian
12795373_461466650713943_5003337544069499534_n
12800157_461466717380603_8356345525985477134_n
12803173_461466620713946_5916454472541833264_n
12814310_461466684047273_8559320224417341602_n
kui
iuy

SUMBER : EBERITA

0 Response to "AL FATIHAH.... [10 Gambar] Empat Sekeluarga Maut Kemalangan Ngeri. "

Post a Comment